Doa Solat Dhuha
Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi selepas matahari terbit (sekitar 28 minit selepas Syuruk) sehingga sebelum waktu Zohor. Berikut adalah doa yang sering diamalkan.
Teks Doa Dhuha
اَللّٰهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ
Allaahumma innadh dhuhaa-a dhuhaa-uka
Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu adalah waktu dhuha-Mu.
وَالْبَهَآءَ بَهَاءُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ
Wal bahaa-a bahaa-uka, wal jamaala jamaaluka
Keagungan itu adalah keagungan-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu.
وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ
Wal quwwata quwwatuka, wal qudrata qudratuka
Kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu.
وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ
Wal 'ishmata 'ishmatuka
Dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu.
اَللّٰهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقِى فِى السَّمَآءِ فَاَنْزِلْهُ
Allaahumma in kaana rizqii fis-samaa-i fa-anzilhu
Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, maka turunkanlah.
وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَاَخْرِجْهُ
Wa in kaana fil-ardhi fa-akhrijhu
Jika ia berada di dalam bumi, maka keluarkanlah.
وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ
Wa in kaana mu'assaran fa yassirhu
Jika ia sukar, maka mudahkanlah.
وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ
Wa in kaana haraaman fa thahhirhu
Jika ia haram, maka sucikanlah.
وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ
Wa in kaana ba'iidan fa qarribhu
Jika ia jauh, maka dekatkanlah.
بِحَقِّ ضُحَآءِكَ وَبَهَآءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
Bihaqqi dhuhaa-ika wa bahaa-ika wa jamaalika wa quwwatika wa qudratika, aatinii maa aataita 'ibaadakas-shaalihiin.
Berkat waktu dhuha-Mu, keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, dan kekuasaan-Mu, kurniakanlah kepadaku apa yang telah Engkau kurniakan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.